Pada 24 Oktober yang lalu, Program Perkhemahan 2012 telah dijalankan. Program ini merupakan salah satu dari program Pasca UPSR yang telah dirangka untuk tahun ini. Perkhemahan ini hanya melibatkan pelajar-pelajar tahun 6 sahaja dan para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Kerja-kerja menyiapkan pondok untuk program memasak
Tempat untuk pelajar memasak
Pada pukul 11.30 pagi pelajar diarahkan untuk memasang khemah masing-masing mengikut kumpulan.
Danial: Macam mana nak pasang khemah ni Gaymon?
Nicol: Larence tolong tarik kelambu ni...
Macdublin: Siap juga akhirnya...
Pada pukul 2.00 pm Pertandingan Masakan Tradisional Bidayuh pula dijalankan. Setiap kumpulan diketuai oleh mentor mereka (guru dan ibu pelajar) untuk menyiapkan beberapa masakan dalam tempoh 3 jam.
Elisca: Pedihnya mata...
Larence: Macam ni kalau nak potong ayam..
Antara juadah yang dimasak
Pada sebelah malamnya, beberapa aktiviti lagi dilaksanakan seperti Persembahan Pelajar, Permainan Gajah dan Semut, Zombie Kampung Pisang, Harimau-Pemburu-Hakim dan BBQ.
Geng Zombie Kampung Pisang
Zombie tengah mencari mangsa
Hidangan BBq yang disediakan
Harimau mati ditembak pemburu...
Program perkhemahan ini tamat pada keesokkan paginya. Diharap program ini dapat membentuk jati diri pelajar disamping memupuk semangat kerjasama berpasukan. Selamat maju jaya diucapkan kepada para pelajar tahun 6. Semoga kalian mendapat kejayaaan yang cemerlang dalam UPSR nanti.
No comments:
Post a Comment