Tuesday, March 16, 2010

MSSR DAERAH BAU KE-38 TAHUN 2010


Salam semua ...

MSSR Bau baru sahaja berakhir semalam. Memang masih hangat, muka-muka atlit dan guru-guru / staf terlibat pun masih ada kesan berbelang-belang / “ sunburn” . Cool Untuk makluman semua, MSSR Daerah Bau telah di adakan pada 24 Februari hingga 25 Februari bertempat di Stadium Mini, Bau.

Dalam topik ini, rakan-rakan guru Daerah Bau, boleh berkongsi gambar-gambar atau cerita sepanjang kejohanan tersebut (Boleh digunakan untuk dokumentasi sekolah masing-masing nanti ).

Saya sibuk sebagai pengurus pasukan sekolah ( SK Sg Pinang ) semasa kejohanan tersebut, jadi tidak sempat untuk mengambil gambar. Nasiblah ada rakan lain, tolong mengambil gambar. Berikut merupakan antara gambar yang berjaya di ambil oleh sekolah kami untuk di kongsi bersama dengan rakan e-net....



UPSR 2009


Berikut merupakan wajah-wajah gembira yang mendapat keputusan UPSR pada hari ini... Tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah berjaya meningkatkan prestasi keseluruhan UPSR dari segi kualiti dan kuantiti pada tahun ini.. Grin

Majlis Anugerah SK SG. PINANG 2009


Salam semua.. Sekolah saya YBB1121 SK Sungai Pinang, Bau telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan secara sederhana. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang berbahagia Encik Omar Bin Hj Mahli selaku Pegawai Pelajaran Daerah Bau. Berikut merupakan beberapa gambar kenangan yang sempat di rakam semasa majlis tersebut.