Thursday, November 8, 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan 2012

Pada hari ini telah berlangsungnya Hari Anugerah Kecemerlangan 2012. Pengacara majlis yang dipertanggungjawabkan untuk mengelola majlis pada hari ini ialah Cikgu Ronald Dean Morris dan juga Cikgu Fellescia Chek ak Peai.

Hai MC, sempat lagi nk shoot gambar tu...

Sunday, November 4, 2012

Program Career Awareness Talk

Program Career Awareness Talk ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar serta ibubapa bidang-bidang yang boleh diceburi untuk mencapai cita-cita serta menyedari tentang peluang-peluang yang ada disediakan. Tiga orang penyarah dari UiTM Kampus Samarahan telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada para pelajar tahun 6 serta ibubapa yang hadir.

Antara ibubapa yang hadir

Thursday, November 1, 2012

Pertandingan Sifir Berirama

Pada 31 Oktober 2012 yang lalu, Pertandingan Sifir Berirama telah dijalankan dan ianya hanya melibatkan pelajar-pelajar tahun 6 sahaja. Setiap kumpulan dikehendaki menyampaikan sifir sambil diiringi oleh muzik iringan.

Cikgu Fellescia bertindak selaku juruacara

Monday, October 29, 2012

Program Perkhemahan 2012

Pada 24 Oktober yang lalu, Program Perkhemahan 2012 telah dijalankan. Program ini merupakan salah satu dari program Pasca UPSR yang telah dirangka untuk tahun ini. Perkhemahan ini hanya melibatkan pelajar-pelajar tahun 6 sahaja dan para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 

Kerja-kerja menyiapkan pondok untuk program memasak

Friday, October 12, 2012

Hari Sukan: 2nd Day..

Sejak pukul 7.00 pagi lagi perkarangan sekolah sudah didatangi oleh tetamu-tetamu yang terdiri daripada ibubapa, warga kampung Sg. Pinang dan juga bekas-bekas pelajar yang pernah menuntut di sekolah ini. MC yang dipertanggungjawabkan pada hari ini ialah PK 1, Pn. Wes ak Mirid.

Thursday, October 11, 2012

Hari Sukan: 1st Day..

Tepat jam 2.00pm, maka bermulalah Hari Sukan untuk hari yang pertama. Acara-acara yang dipertandingkan pada hari ini melibatkan pelajar tahun 3 dan 4 (kumpulan B) dan pelajar tahun 5 dan 6 (kumpulan A). Acara yang dipertandingkan ialah: 

Lompat Jauh

Cikgu Asiw: Hah apa kamu tunggu lagi..Cepat lompat..

Wednesday, October 10, 2012

Persediaan Sebelum Hari Sukan...

Tinggal beberapa hari saja lagi, maka bermulalah Hari Sukan sekolah. Kini hanya persiapan terakhir yang sahaja yang perlu dilakukan. 

Cikgu Neddy dan Cikgu Chepas memeriksa hos tong racun

Monday, October 8, 2012

Program Fire Drill 2012

Pada hari ini aktiviti Fire Drill telah dilaksanakan. Pihak sekolah telah menjemput 3 orang pegawai bomba daerah Bau untuk memberi taklimat serta demontrasi kepada seluruh warga sekolah.


Thursday, October 4, 2012

Aktiviti 2011 - 2012


Berikut adalah video aktiviti sekolah sepanjang tahun 2011 hingga 2012. Video ini telah ditayangkan kepada PPD Bau ketika beliau melawat ke sekolah. 

Monday, July 9, 2012

Friday, July 6, 2012